*Le@rn By HeaRt *

Young is not at all .. but 2 times .. one in the world and one in the hereafter ... it was quite fun 2 be a teen .. but, my life Teenagers will stop here .. coz i need a life of "manhood" ..i need to be tough, strong, matured 2 begin my career as my quotation responsibily .. .. so, no prince anymore but a man of the masterpiece Which conquer life as 'WORSHIP' .

Friday, July 25, 2014

current 2014 , next 2015 & ahead

cepat masa berlalu.kini 2014..3 tahun kebelakang, terlalu banyak perkara yang memberikan kenangan, pengalaman mahupun tragik..apa yang berlaku, telah pun berlaku.. yang mendatang, hadapi dengan cemerlang.Nothing else more..keep spirit,usaha n berdoa.. semoga kita akan dpt bantu org lain dengan nikmat yang tuhan bagi... smile :)

Saturday, July 20, 2013

Permulaan Rezeki..Alhamdulilah

Alhamdulilah, kini aku menemui jalan..syukur pada Allah..semoga ia diberkati..Semoga terus berjaya diri ini dan keluarga..Amin..

Thursday, July 4, 2013

Julai dan Ramadan

Masa terus berlalu siang dan malam..Hari berganti hari. Semua telah kita saksikan. Kadang kejayaan kadang kegagalan. Kadang kesedihan kadang kegembiraan. Bersyukur kita untuk hari ini.Dengan harapan esok lebih cemerlang.Terima kasih kekuatan diri.Untuk terus mentadbir alam ini. Semoga berjaya rakan-rakan. Semoga berjaya diriku. Terima kasih !! Salam Ramadan Al-Mubarak

Monday, June 10, 2013

current status

semakin hari semakin resah hatiku
aku mengharapkan berita gembira
aku memikirkan 10 langkah di hadapan aku
kadang aku ingin melangkah mengalahi bayang.

khabar berita yang aku sendiri tak tahu
tanda terbatas akal dan pemikiranku
belok sana belok sini aku rasa aku sudah balok
pejam celik tutup mata siang jadi malam
aku tak ingin menunggu aku mahu kan sesuatu

hati mahu minta izin siapa
tiada tanda manusia mahu bantu
nafas manusia terus laju
mendengar cerita sedingin air panas
kabut lari naik moto ramai-ramai.

tak mahu duduk balai jangan buat pasal
gelap nya ruang sejuknya dinding
kotak hati meracau -racau
mak aku mahu balik -balik.

patah semuanya patah berjuta-juta
hilang arah bayang dan haluan
sakit sakit tibai main bola
esok lusa kita tak tahu
sakit lagi atau tak sakit terus
syukurlah pada tuhan
jangan kita senyap pada tuhan..
ampunkan aku tuhan

Sunday, May 26, 2013

10 percent after sunset



asalamualaikum.. subhanallah..cantiknyer...indahnya.. gambar di atas di ambil oleh 3rd firdaus (senior dns 10) ..pic ni di ambil ketika beliau sedang bertugas..hmm.. semua org berhak lihat kekuasaan allah, ciptaan allah.. syukur bg sang pelaut yang dimudahkan untuk melihat sunrise/set/ bulan/bintang/planet dengan lebih jelas di lautan berbanding di darat.. Kenapa tajuk entry berbunyi " 10 % after sunset" ? it is because sunset appear when the sun diameter 50 percent parallel to horizon, ini apa yang kawan sekapal sy beritahu, nama beliau Qin Shikai, seorang dari Tanah Besar China..Rindu pada beliau..dalam pic ni, matahari completely touch the horizon, sbb tu saya katakan 10 percent selepas matahari terbenam... wakaka..jikalau info sy kurang tepat, maafkan lah  :)


# sentiasa bersyukur dengan nikmat tuhan
# sentiasa mohon ke ampunan dosa dari tuhan
# sentiasa istiqamah dalam urusan dan ibadah
# sentiasa senyum selalu

Thursday, May 16, 2013

Impressi sang pencinta !!


Aku bukan pendeta yang pandai berkata-kata,
Tak salah jika aku ingin ingin mencuba walau puisi ini tak seberapa,
Pabila isi hati bersuara,
Adakah aku telah jatuh cinta padanya?

Pukul 3.45 pagi waktu tempatan uk (malaysia gmt8), aku terus masuk duty..Bangun pagi,gosok gigi,basuh muka dan rambut. Lap badan,pakai seluar hitam,baju uniform,pakai stoking,dan yang terakhir,pakai kasut..Opps, yang terakhir bukan kasut,yang terakhir,pakai sweeter(jaket kulit kesayangan yang aku beli kat jusco melaka tu),muehehe..inilah rutin harian aku selepas sahaja bangun tidur.Pengakuan jujur dari aku, aku tak pernah mandi selepas aku baru bangun tidur..huhu..Waktu di sana agak sejuk..Nanti aku bagitahu hang semua,berapa suhu waktu tu..sebab,bila aku baik bridge (tempat kerja aku untuk pengawasan navigasi).Aduh,susah la aku nak terangkan term maritim ni..haha.Nak translate kepada melayu pun aku tak berapa pasti maksudnya..Korang google la sendiri apa tu Bridge/wheel house..ok? Ok la, aku dah nak keluar bilik..nak naik bridge..duty mula pukul 4..sebelum 4 aku kena sampai sebab bila datang awal,aku boleh lihat keadaan atau situasi yang berlaku sebelum aku mula masuk tugas..kiranya amik mood la ni..:)

    wajah 4 pagi sebelum mula kerja .. style kan? sedap korang tidur ye..hehe


Bilik aku di C deck.Nak naik bridge, ada 2 tingkat lagi..kapal aku ada 7 tingkat..Mujur la ada lif,walaupun nampak uzur..tapi kalau bad weather,lif tak boleh digunakan,so,menapak la aku..huhu..Di setiap kesusahan itu,pasti ada hikmahnya..Sebenarnya dah lama aku tak buat cerpen.Ini kiranya cerpen mengenai kisah hidup aku la,tapi ada selit-selit kisah kehidupan yang mungkin korang alami..hehe..mungkin la.Kali ni,cerpen aku siap ada gambar ,waah, gempak giler..huhu..mesti korang kata,Putera,lu memang style la brader..haha..Perasan kan aku? nampak dah macam merapu je cerita aku ni!! Hmm, aku saje je buat intro macam ni,yela baru nak mula cerita, tak kan nak serius terus,tunggu la klimaks ke atau pengakhiran cerita..Di awal cerita,mestilah kena happy,kelakar2x ,fun2x ke or aku memang dah masuk air? haha..suka hati la korang nak anggap macam mana!! Penulis bebas untuk bekarya..lagipun,aku penulis jalanan je..kikiki.. rendah diri la pula..Aku menaip bukan ikut rasa tapi dari pengalaman dan pemerhatian serta penyelidikan. Tak macam orang perempuan, main ikut sedap je. (Nak terasa? Ikut andalah... Tak suka, butang bernama tutup atau lebih senang disebut oleh bayi berusia 9 bulan setengah sebagai 'close' sentiasa tersedia untuk ditekan.)

                              
    Ni la lif kapal aku? amacam, awesome tak? bridge kat atas skali 2


Sesampai nya aku di bridge, gelap sungguh keadaan di situ,yela 4 pagi kot..Setelah aku relieve AB watchkeeping tu, tinggalah aku dengan second officer ,neeraj  yang berasal dari Tanah besar India atau lebih dikenali sebagai negara cap roda ..Ha, bagi rakyat malaysia yang suka sangat bollywood,hindustan ,Shah Rukh Khan, ini la 2nd mate aku yang berasal dari negara yang tiada traffic light.. Pengalaman aku kerja dengan bangsa Salman khan,Karena Kappor,Mahatma ghandi ni, banyak la yang aku tahu pasal INDIA.. habislah aku, hari-hari makan kari,capati,dhal..Ayam kari,daging kari,semua kari,nasi baik tukang masak tak  masak sayur kari..haha..Tukang masak kapal aku orang filipin..Aku hanya bertawakal sahaja untuk bab makan ni..3 orang muslim atas kapal ni, aku dan 2 orang enggineer..

Pukul 4.30 pagi, aku bertugas seperti biasa,plotting chart,look out, control radar/ecdis, update weather fax..Aku berdua dengan pegawai aku..Agak perut lapar,aku buat la biskut cicah milo panas.. Walapun milo tak sama mcm kat rumah, aku tetap minum panas2x buat isi perut kosong..Kapal pun terus belayar mengikut passage plan..Semuanya autopilot dan bila sampai course seterusnya,tugas aku untuk tukar course..contohnya sekarang 205 degree course, next course 230, aku pun tekan knob tu dan tukar kepada 230 degree.. plotting position depend ..kadang2x setengah jam,kadang2x 15 minit,kadang2x setiap 5 minit..korang tentu tak faham kan? ok macam ni,,aku akan tandakan kedudukan kapal aku dalam peta setiap pergerakan kapal dalam waktu yg ditetapkan.


          Ni la radar..boleh detect setiap benda yang aktif frekuensinya..




     ni la chart (peta/maps) , benda yang selalu aku conteng!! haha


Pukul 5 pagi, agaknya dah subuh kat sini..atau dah terlepas subuh...haha.. dekat europe,siang lebih panjang dari malam..Pukul 5 suku, dah cerah dah..dah nak sunrise!! Hello guys, good morning everyone!! Bila dah cerah ni,baru la nampak semuanya..haha..tapi nak nampak apanya,semua nyer air..huhu..itu adalah ciptaan Allah..subhanallah..indahnya muka bumi Allah ini..

Dan, sekarang, tiba masanya aku tunjukkan korang satu lagi ciptaan Allah yang begitu indah !!


             Subhanallah,indahnya !! Maha Agung kebesaran tuhan 

Di darat, aku pernah melihat matahari terbit..tapi itu di Malaysia..tetapi ini di Uk, england..sangat bersyukur kerana pemandangan yang indah ini begitu menenangkan jiwaku!! Seli-selit- sempat lagi aku snap picture ni padahal tengah duty..muahehehe..


kali ni, aku nak upload repost sajak yang aku puisikan di amerika suatu lama dahulu...

Tarikh: 18 dec 2011 (1800hr waktu TEXAS,USA)
             19 dec 2011 (0800hr waktu Malaysia)
Tempat: EAGLE KUCHING, SABINE PASS LAKE, TEXAS, USA

TAJUK : NOTA BUAT BUNGA ANGGELICA

PERTAMA KALI AKU MENGENALIMU
ENGKAU BUAT AKU TERSENYUM
AKAN LIRIKAN MATAMU
AKU TERUS TERSIPU MALU..

RAUT WAJAHMU YANG AYU
BUAT AKU TERTARIK PADAMU
AKU MULA MENYUKAIMU
ITULAH PERASAAN PERTAMAKU

KITA MULA BERKENALAN
KITA MULA MENCINTAI
DI SUATU SAAT YANG BAHAGIA
HANYA KISAH KITA BERDUA.

NAMUN,
TIBA-TIBA  IA BERUBAH
SURAM TIBA-TIBA DATANG
KITA MULA BERJAUHAN.

ENGKAU HANYA TERDIAM BISU
SERINGKALI AKU BERTANYA
MANA CINTA ENGKAU YANG DAHULU
YANG PERNAH BERSAMA AKU
DI SAAT KITA MULA JATUH CINTA..

KINI AKU MENGERTI
ENGKAU TIDAK SEPERTI DULU
ENGKAU BERUBAH BAGAI DEDAUN LAYU
AKU MULA SAKIT
MULA  MENANGIS
SEAKAN AKU TAK MAMPU HIDUP TANPAMU

TIBA-TIBA ENGAKU PUN MUNCUL
DENGAN KEKASIH BARU
AKU PASRAH DAN REDHA
NAMUN HATIKU TETAP PADAMU

HATIKU INGIN MELUAHKAN RASA
AKU MASIH SAYANG PADAMU
AKU MAAFKAN DIRIMU
AKU POHON ENGKAU KEMBALI
PADAKU..HANYA AKU

TAPI…
AKU TAK MAHU MEMAKSA
BIARLAH CINTA HADIR
TANPA DIDUGA
HADIRNYA PERASAAN ITU
BIARLAH TERUS MESRA
TANPA RINTANGAN
WALAU SEKETIKA….

KINI AKU JAUH
HANYA MAMPU AKU TITIPKAN
NOTA BUATMU ANGGELICA
TERTULISNYA LIRIKAN HATI
BISIKAN RINDU


Tajuk puisi itu adalah bunga anggelica!! bunga adalah salah satu tumbuhan ciptaan tuhan..tak salah kan kalau kita minat atau suka akan bunga tu..^_^  

Sekian,luahan impressi sang pencipta..aku seorang pencinta..cintakan alam ciptaan Maha Esa
sory,kalau mesej tak sampai,mengajak kalian sentiasa mensyukuri nikmat dan mengagumi ciptaan Allah..
Subhanallah / alhamdulilah/ allahuakbar...

p/s: lupa nak bagtau korang tadi,suhu berapa waktu tu,aku pergi check dekat stevenson screeen..ada dua..dry/wet -- ala korang tak faham ea..senang cerita, suhu waktu tu 5 degree celcius.. waktu pagi la..itu pun dah nak summer..kalau masuk winter,negative berapa la..itupun ciptaan Allah,, hebatkan, Subhanallah


Wednesday, May 15, 2013

lebih dari seorang sahabat :)

16 may 2013 merupakan hari ulang tahun seorang yang aku kenal sejak 3 tahun yang lalu..namanya lurizan nibum (mirror).. beliau seperti abang sendiri.. sekarang ni,lokasi beliau di caribbean sea rasanya.. aku tak dpt update perkembangan dia, sbb sukar nk contact dia..biasala,bila smpai port ,baru dpt line..dia adalah 3rd mate company helang bekas majikanku..huahua..hehe.. dia ni pelik sikit..haha.. kalau dia baca entry aku ni,mesti dia marah..huhu..kisah hidup aku,bnyk dia tahu..aku selalu share dkt dia..kesian aku tgok dia,kadang2x dia pun bosan dgn aku..haha..yela,xkan nak amik port selalu kt aku..penat la dia..aku paham n aku hormat dia..aku mendoakan dia sentiasa dalam lindungan allah, dipanjangkan umur,murah rezeki..jadi best officer n captain in future..#respect.. banyak jasa dia pada aku, sanggup teman aku pergi singapore semata2x nak teman aku pegi opis company, sanggup bangun pagi2x amik aku pergi keje kat kantin, sanggup lepak ngn aku malam2x ,makan coklat dgn aku, slalunya bila aku tension,slalu lepak dgn dia..haha..
tq bro..regards,putera amer

ensem x 3rd mate ni? haha haha.....

Tuesday, May 14, 2013

contoh peribadi yang baik :)




we do respect a good deed..coz,im beliave n surely muslim way is the good way to follow.. using Al-quran & hadith as a primary.. Alhamdulilah,when we always do the right thing, the rukun islam & rukun iman, we will always in better life.. ya allah,do forgive us, our parents and muslim -muslimat..ameen




Sunday, May 12, 2013

it rising to sun your day


# tenang melihat ciptaan Allah ... subhanallah... location: teesport anchorage ,united kingdom

Friday, March 8, 2013

Chicken Roaster Home Made

Assalamualikum.. Lama jugak saya tak update blog sy ni.. agak sibuk bila berada di darat ni..huhu..lamanya sy cuti kan..itulah, bila berpeluang cuti lama -lama , diharap kita hargai masa yang ada..Lupakan seketika hal pelayaran, Port/Starboard, cargo operation, Pilotage, Navigation, kapal atau apa yg sewaktu dengannya..Haha... Lupakan segalanya yang di laut..tumpukan apa yg ada di darat..Cuma, Janganlah kita sesekali melupakan Allah sesungguhnya Allah tidak pernah melupakan hambaNYA walau sedetik pun..Pesanan utk diri sy sendiri dan anda semua  YA!!

Panjangnya intro saya ni..huhuh.. yela, dah lama kan tak menulis entri.. Ok-ok ...straight to point, saya baru- baru ni ada la buat Chicken Roaster.. For 1st Time.. Idea ni datang dari kawan sy (Munir Mazlan). Dia cakap dkt sy yang dia akan keluarkan modal.. Dan tempat memasak di dapur rumah saya . Dan saya sendiri kena masak Chicken roaster tu..Saya tak pernah masak chicken roaster, tapi saya ni mmg suka memasak..haha..so, saya setuju la..Lepas magrib , Munir dan saya pergi ke Astaka utk membeli seekor ayam, dan lain2x bahan utk digunakan nanti..Jom , check it out apa resepi saya YA!!

* Bahan -bahan dan Cara penyediaan..

* Ayam - 1 ekor 
* Sos Tiram 
* limau nipis
* sos lada hitam
*Maggi Seasoning

* Ayam dibasuh bersih / dibuang organ dalaman

* Sos lada hitam dikacau bersama maggi seasoning dan sos tiram.. 

* Ayam direbuskan selama 30-45 minit..

* Sapukan/Tuang /Perap campuran sos yang telah sediakan ke atas Ayam yang sudah direbus.

* Letakkan Ayam tersebut di atas frying pan (Kuali nipis) (Pastikan kuali panas dan letakan sedikit    
   minyak)

*Saya menggunakan kuali nipis bukan Oven , so , saya perlu terbalikkan ayam agar permukaan 
  ayam dibakar rata..

*Selepas ayam dibakar atas kuali nipis, saya curahkan limau nipis ke atas permukaan ayam ..

* Saya prefer untuk rebus ayam sekali lagi agar aroma ayam tersebut lebih menarik.
  ( step ni hanya penambahan dari sy..citarasa saya..xperlu buat pun tak pe :)

* Pastikan Ayam tersebut diletakkan di dalam Aluminium paper bagi maintain kehangatan ayam tersebut.

*Ayam sedia dihidangkan dan selamat menjamu selera !!





                               * Ayam yang sudah direbus 

                Campuran sos (tiram/seasoning/black pepper)

                 * Ayam yang sudah disapu/perap dengan sos campuran..

                        * Ayam dipanggang/bakar di atas kuali nipis


* Ayam yang siap dibakar/panggang dibalut dengan aluminium paper sebelum
di rebus sekali lagi ..hehe


              * Ayam direbus sekali lagi ..heee

           * Ayam yang siap direbus , dibuka balutan aluminium paper.

 *Alhamdulilah , akhirnya siap Chicken Roaster Home Made saya!!
                                  Jemput makan YA


OK La ,, ini sahaja cerita untuk entri kali ini...
P/S : Doakan kesejahteraan / keamaan di lahad datu dan SENYUM SELALU