*Le@rn By HeaRt *

Young is not at all .. but 2 times .. one in the world and one in the hereafter ... it was quite fun 2 be a teen .. but, my life Teenagers will stop here .. coz i need a life of "manhood" ..i need to be tough, strong, matured 2 begin my career as my quotation responsibily .. .. so, no prince anymore but a man of the masterpiece Which conquer life as 'WORSHIP' .

Friday, November 19, 2010

PerPisahaN tERasing !! ;)

Pergi
jangan kembali
sampai di sini saja 
kisah kita berdua.

Semalir malam
teringat kamu di jeladeri
leluhur perasaan terkubur
hati teriak meronta jiwa
ingin kamu sentiasa.

Langit terbentang luas
semarak api cinta
kasih hilang begitu saja
tagih perasaan cinta dunia

Terasing hidup tanpamu
perpisahan ini kau pinta
sirna romantis kelam pergi
ufuk dunia ku tunggu pasti.

Perpisahan terasing tetap terjadi
keluh hati jiwa sanubari.

Thursday, November 18, 2010

LIFE AT SEA !!! :)


[alamc.gif]
only the best man can go to the sea, only the best women can be with the best man...Proud to become seafarer

Wednesday, November 17, 2010

* responsibility versus hierarchy *



a) Deck Officer - The officers from this branch primarily look after the ships navigation, loading/unloading of cargo and the general maintenance and administration of the ship. The officer joins in the rank of 3rd officer and is subsequently promoted to the rank of 2nd officer, Chief Officer and finally the Master of the ship. Off course, the promotions are subject to the individual passing his competency exams and his performance onboard the ship. In addition to navigation duties, normally a 3rd officer looks after the life saving appliances, 2nd officer the passage planning and the navigation equipment, the Chief Officer looks after the cargo work and the Master is the overall in-charge of the ship.

* Segalanya Tentang Cinta *


 Ya Allah, jika aku jatuh cinta , cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu...


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu...

Ya Rabbul izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu...




Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati hati ini telah terhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa dalam taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu dan telah terpadu dalam membela syariat-Mu, penuhilah hati hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar... lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan.... Amin

milik ALLAH :)



Teringat pada kata-kata seorang ibu, "Kita tidak boleh tamak dalam mengharapkan kasih sayang seseorang.. kita bukan hak mutlak dia.. kasih sayang boleh dibahagi-bahagikan.. kita milik Allah.."

                     learn fire fighting..agagaga...really love tis time...
                     AKADEMI LAUT MALAYSIA..I LOVE U

             T0geTher we survive  "zero accident , zero incidence "
K1S@h dns 13 alpha..saat suka duka..bersama menuntut ilmu... we love sextant...

learn sextant by HEART

Tuesday, November 16, 2010

AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM)


Bermulalah karier aq as a cadet in ALAM...01307 Batch DNS 13 Alpha..karier ini membuat diriku menjadi org yg memahami betapa sukarnya kehidupan..Namun,,aku percaya setiap kesukaran itu pasti ada kesenangan.."Inamaal usri usra, Faainnamaal usri usra'..aq harap jalan yg ku pilih ini sentiasa mndpt keberkatan dari ALLAH..insyaalllah..Amin!! Putera , all the best 4 u as seafearer...

Impian ku konklusi hati..Insyallah..aq yakin dgn jalan yg aq pilih ini... "LIVE THE GLORY"

Friday, October 29, 2010

Cerpen 2010 ( responsibility versus feeling )

Hatiku bernada sinis, aduhai, takkan tak nampak butang tu..Ishhh, malu la officer macam ni..Kesilapan pegawai navigasi membuatkan kapal puteri haqita milik American Eagle Tanker mabuk seperti rolling atas padang bola..3rd officer bernama Putera, Kapten Dev memanggil kamu di gally sekarang, kata Chief officer yang merupakan orang kedua terpenting dalam kapal. Aduhai,habis aku kena dengan kapten dave,benak fikiranku bermain..Huh,xpela, aku gentle la jumpa dia..Sir, I’m Putera reported to u..

Ha,,what happen to u??I found u had make a mistake during your duty..May u explain about it?? Pergh,apa aku nak jawab,seram aku tengok muka dia..Dengan selamba aku jawab, Sir, I’m sorry about it..i don’t have any concrete answer..if u want to give me a heavy punishment, I will do without any obstruction..Captain replied, “ I know everything about u..u as my officer could not keep anything as a secret.. I will not punish u..or reported about it to AET department,but I want u to explain sincerely about your matter which affected your focus on duty.. Haaaaaa,hatiku bercelaru bukan fikiranku.. Kebiasanya Master kapal serius kot..tiba2 je dengan aku..Hmm.betul la,setiap manusia ada perasaan..Sekuat mana seseorang itu,orang itu pasti mempunyai enzyme endofin iaitu perasaan,,Cuma kadang2 keegooan melampaui batas menutup perasaan itu..Itulah pandangan aku terhadap Kapten Dave yang selama ni bagaikan harimau yang makan biawak cicah budu..haha..Aku silap,ternyata rahsia di hati tiada siapa yang tahu kecuali diri sendiri dan Maha Pencipta..Huh,sememangnya Kapten amat memahami diriku..memang aku mempunyai masalah yang membuatkan aku hilang focus ketika bertugas..tapi aku seorang yang agak perahsia..bukan apa,aku kurang gemar menceritakan masalah aku pada orang lain,,kerana kadang2 apabila orang lain mengetahui masalah kita,mereka akan rasa bersedih dan susah hati..so,prinsip hidup aku lebih baik senyum sentiasa..dan orang lain x akan susah hati terhadap kita malahan kita akan buat seseorang itu berasa gembira walaupun dalam hati kita berlawan dengan wajah..sebab 2 la bila kapten tanya tentang masalah aku,aku mendiamkan diri..Tapi,aku harus menceritakan segalanya walaupun berat di hati..

Hmm, Sir, since I work in this ship, I got uneasy with my heart..Seriously,,hmmmm..Sir,cakap melayu boleh..Captain Dave:HAHAHA..aku orang Malaysia jugak..ha..saya kalau cakap melayu awk tak fham nanti..haha,,ngomong aje la bahasa melayu..Perghh segan kot…kapten aku perli aku..Argghhhh,Officer leh pulak gurau dengan kapten..haha..

Aku membuka segala relung hati yang selama ini terpendam dalam jiwa..adoi,,jiwang ayat..haha.sentimental je kot..Kapten,sebenarnya hati saya tertinggal di Malaysia..Hahhhhhhh,ish3x kecian awk..apa pasal awk tak tinggalkan sekali dengan mata,jantung,kaki,tangan,otak..lagi bagus..haha.kata kapten sambil tertawa bagai nak terbalik..aku rasa 1 kapal dengar ketawa bahak dia..sy serius ni kapten..ha,,teruskan becerita jawab kapten dave yang berasal dari gua musang,Kelantan..Kapten, maksud sy hati saya terasa mencari sesuatu yang dikejar selama ni..Pergh seafearer nak cari apa lagi dalam hidup..gaji dah la mencecah puluh K…takkan x cukup kot, kata kapten..bukan tu maksud sy..sebenarnya..kapten dave mencelah.,aku tau masalah kau,putera..ni mesti tentang perempuan..betul x?

Haaaaaaaah,,terkejut aku mendengarnya,,betul tekaan kapten..Ya kapten,,sebab seorang perempuan saya terkial-kial mencari kesempurnaan sehingga hati tak merasai keindahan..puitis kata-kata..hahah..Kapten dave:Putera,saya tau lama dah,,tgok muka awk saya dah tahu..xpayah bagi tau pun saya dah tau..haha..saya makan budu banyak dari awk..k.kalau awk tak berasa keberatan,harap sudilah citer dekat saya..saya akan menjadi pendengar walaupun bukan sedap mendengar cerita awk..haha..Dalam hatiku..rasa nak muntah je depan dia..nasib baik la kapten..haha..tp kalau dia bukan kapten pun,,aku akan tetap hormat orang itu..Baik la,,kapten tau x facebook..ha,,kat fb ni,sy ada tgok sorang perempuan ni..biasa la ayat orang laki..lawa kot perempuan 2..tp sy pkai ayat lain..huh..perempuan 2 buat saya rasa tenang n sedap mata memandang..Kapten Dave:Owh,,aku nak kenal dengan perempuan 2 boleh,,nanti aku add dia..k.haha..teruskan cerita..Ishhhh3x,geram pulak aku dengan kapten nie..haha..kapten,masalahnya saya x kenal perempuan 2..k..langsung x kenal..aduhai,sampai sekarang hati resah bagaikan kelapa nak tumbang coz perempuan 2 la..tp saya ni dah banyak investigate tentang that princess..haha..tp love story belum begin ag.haha..budak 2 org muar.sama umur kot..skowl semua gurl..serupa dengan saya,sebelum masuk alam,skola semua laki..high school kot..hikhi..saya sampai sekarang menyukai perempuan 2 secara senyap..dan saya rasa perempuan 2 tak mengetahui tentang seorang jejaka yang bernama “PUTERA”….itulah masalah saya kapten..Hati kat Malaysia..huhu.

Kapten Dave:Ok..setelah menyelami hati awk yang dalam macam lautan pasifik dan sejauh perjalanan dari port klang ke port villa di wilayah Australia ocenia,saya merasakan awk memang silap..silap dalam kehidupan lampau mahupun kini..Putera,,semua orang dikurniakan perasaan..cinta,sayang,suka,marah,benci adalah normal..Dalam hal awk,awk sepatutnya bertindak erti kata lain usaha mencapai sesuatu kesempurnaan..saya tabik awak dalam karier awk..awk berjaya menamatkan pengajian di ALAM,seterusnya mampu menjadi seorang pegawai navigator dan seterusnya akan menjadi kapten pada suatu hari nanti..tapi awk gagal dalam permainan perasaan..awk tak beri peluang untuk mensayapkan perasaan tersebut..awk HIPOKRIT..maafkan jika keterlaluan..tapi itulah awk yang sebenarnya pada sudut perspektif saya..Sepatutnya awk harus meluahkan perasaan awk pada perempuan tersebut..bukan simpan dalam hati sampai sekarang..perhaps, awk segan untuk berkenalan but come on la..u are quite tough in this career..but internal inside = zero…ni sajak saya bagi awk..saya create utk awk agar awk segera berubah dari sikap hipokrit awk yang takkan bawa awk kemana-mana selain keje atas kapal ni..haha..gelak kapten dave..


AKU HIPOKRIT

Aku menyangkal 
Aku menafikan
Aku berbohong
Dalam hidupku.

Tapi mengapa
Hanya aku mampu menghuraikannya.

Kukatakan aku tidak apa-apa
Kuucapakan aku tidak sedih
Kulemparkan senyuman 
Kutampakkan raut ceria
Namun hipokrit belaka.

Aku menafikan kenyataan
Aku menepis kompromi hati
Tentang keinginanku
Tentang angan-anganku
Tentang impianku.
Aku adalah hipokrit.
Pendusta diri sendiri

Aku menyiksa hatiku
Aku terus menafikan
Pada kepiluan awan kalbu


Kapten,sajak ini betul2 membuatkan saya menjadi diri saya yang sebenarnya..saya memang hipokrit..pada diri..pada perasaan..pada kehidupan..dan perempuan yang selama ini bertakhta di hati…

Kapten Dave:Dan satu lagi yang ingin saya nasihatkan..sebagai seorang seafearer,pelbagai tanggungjawab yang dipikul di bahu..lebih berat dari 100X guni..dengan kesilapan awk yang tersalah menekan butang telah menyebabkan kapal kita hampir nak terbalik..saya tak mahu awk mengulangi perkara yang sama..laksanakan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab..begitu juga dengan perasaan awk,, perasaan awk adalah sesuatu yang baik..awk jujur mencintai seseorang itu..tapi awk tidak jujur dengan diri sendiri..ingatlah,,puteri hati pasti awk miliki..if u have an effort to get it..Just meet that women, n express ur feeling..TASK COMPLETE..tolong bacakan sajak yang awk cipta utk seorang perempuan yang awk cintai 2..hehe..jangan nak berdalih,,ari 2 sy terbaca dalam note book awk..haha..baca la cepat..nak dengar ni..

Putera:ooooops,,alamak dia tau la aku buat sajak.KANTOOOOI!!!haha..kapten buat sajak ,anak buah pun sama..fuyoh,,duk atas kapal banyak ilham kan kapten..Kan!Kan!Kan..Ok..sy bacakan..k..harap sudi mendengar..


PUTERI HATI 

Keindahan dirimu meriangkan jiwa
seindah ciptaan yang Maha Esa
kehadiranmu umpama sirna matahari
yang memancarkan cinta hakiki.

Puteri hati bagai bidadari 
akhlakmu cantik tiada peri
kasihmu mendambakan ilusi
bagaikan minpi di taman firdausi.

Kejelitaanmu satu anugerah
mmeberi kebahgiaan duniawi
Haqita amat kunanti
tika hidup dan mati. 
Pemalu ibarat makhota hati
menjaga aurat sudah tentu pasti
engkau gadis begitu suci
itulah muslimah tetap di hati.

Kapten Dave:Wao…best gak sajak ko..kalah aku,,haha..aku dapat rasakan keikhlasan kau terhadap dia..Last but not least,,ingat segala pesan aku..take note..k..hope u will success in ur career afterward and ur love come true..
Anyway,tq much to u captain..i will take ur advice as a medium 2 make my life better..i’m sorry about my mistake,n I’m sure that it will not occur anymore..hmmm..i will back 2 my cabin rite now..


P/S: Cereka ini bertemakan perasaan dalam hati dan sikap bertanggungjawab dalam kehidupan.
*Maaf,pengunaan bahasa yang kurang elok..
*Jika kurang menarik,minta maaf.
*Harap semua dapat memahami pengajaran yang ada dalam cerita ini..:)

Segalanya tentang cinta..

‘’Kita tidak boleh mencintai orang lain,sebelum mencintai diri sendiri.Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri…sebelum mencintai ALLAH!’’
Hadiah dari Allah;
Cinta umpama hadiah daripada Allah.Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah.Namun wajarkah hadiah lebih dicintai daripada Pemberi Hadiah? Jawabnya,tepuk dada Tanya iman didalam jiwa.Tentu;ah pemberi hadiah..

‘’Cinta kalau bahasanya Hati..itulah cinta hakiki
Kasih jika dasarnya Rabbi..itulah kasih sejati
Cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji..’’

‘’Fitrah perlukan hidayah,jika tidak,fitrah akan menjadi fitnah.’’
‘’Cintailah sesuatu itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika’’.
‘’Cintailah kekasihmu sekadarnya kerana kelak kamu akan membencinya suatu ketika,Cintailah musuhmu sekadarnya kerana kelak kamu akan mencintainya suatu ketika..Dan cintailah Allah selamanya kerana kelak Allah akan mencintaimu selamanya.’’
‘’Manusia akan bercinta lagi di Syurga-tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.’’
‘’Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata,sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan.’’ – Al – Farabi –
‘’Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya.’’-Maksud Hadis-
‘’Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.’’
‘’Orang-orang yang berkasih-kasihan di jalan Allah,apabila bertemu lalu akan jelas-menjelaskan satu sama lain,untuk mengikis segala kesalahan drpd mereka sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran di musim dingin.’’
Tidak payah bersentuhan tangan,kerana mereka sudah bersentuhan HATI..Tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas DOA..
‘’Hidup tanpa cinta ialah hidup tanpa cita-cita.cinta yang terbaik ialah cinta yang bertalian dengan cita-cita’’.

3 perkara yang barangsiapa mendapatnya terasalah dia kemanisan iman:
1)Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain.
2)Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain,melainkan kerana Allah
3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan kea pi neraka’’.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
‘’Tudung menutup diri,Malu pelindung hati..’’
Betapa cinta pun seseorang itu terhadap perempuan cantik,kalau difikirkan akhir akibat perempuan itu akan kuranglah cintanya – pak hamka-
Mata menilai kecantikan pada rupa,Akal menilai pada fikiran.Nafsu menilai pada bentuk tubuh.Tetapi hati tentu lah pada Akhlak dan Budi..Beauty is in the eye of the beholder..
Nabi s.a.w. bersabda : ‘’…Cinta kasihlah kepada manusia sebagai engkau saying (dan cinta kasih) kpd dirimu sendiri,nescaya engkau jadi orang Islam yang hakiki.’’

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,bkn terletak pada wajah dan pakaiannya.. – bapak hamka –
Dunia ini perhiasan dan sebaik-sebaik perhiasan ialah wanita solehah- hadis riwayat muslim –
‘’Wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik..Lelaki yang baik diciptakan untuk wanita yang baik..’’ – surah an nur 24:26 –
‘’Bagi setiap muslim yang melihat kepada kecantikan seorang wanita,lalu dia segera mengalihkan pandangan ( ke tempat lain ) ,Allah akan menimbulkan suatu ibadat yang akan dirasakan kemanisan di dalam hatinya..’’ – riwayat Imam Ahmad & Ath- Thabrani –
‘’Mata yang ada di dalam dada’’ yakni ‘Mata Hati’ ( surah Al-Hajj 46). Ertinya pada hati itu ada satu lagi pandangan..pandangan mata hati.. Cinta kelas pertama letaknya di situ,di HATI.. Manakala cinta kelas kelas dua,letaknya di mata!!
‘’Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu.Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu.Sedarlah kamu tidak mengetahui,Allah lebih mengetahui.’’ – surah al baqarah : 216 –
Tingkat Cinta :
CINTA kepada KEKASIH : MESRA
CINTA kepada ORANG TUA : MURNI
CINTA kepada TUHAN : ABADI


Pd suatu hari di sekolah,seorg murid bertanya pd seorg Cikgu. Ketika itu, cikgu tersebut sedang mengajar mengenai ‘KASIH SAYANG’..
Pelajar : ‘’Cikgu,mcm mane kite nk pilih seseorg yg terbaik sbg org yg pling kite sayang? Mcm mane kasih syg itu nk berkekalan?
Cikgu : ‘’ Ok. Kamu ikut ape yg sy suruh.. Kamu pergi ke padang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di dpn kamu.. Pilih yg PALING CANTIK,tanpa menoleh ke belakang lg walau sekali… Dan petik rumput yang PALING cantik,bawa ke kelas..”
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput di tangannya.Cikgu bertanye ,knape tiada rumput dipilih?
Pelajar :”Td mase sy berjalan,sy carilah rumput yan paling cantik . . Mmg banyak yang cantik,tp cikgu kata petik yang PALING cantik . . Maka,sy pn terus berjln ke dpn sambil mencari yang PALING cantik tanpe menoleh ke blkg lg.Tp,smpai d penghujung padang,sy x jmpe pn yg pling cntik..Mungkin ada di antara yg d blakang sy td rumput yg pling cantik,tp dah cikgu ckp x bleh menoleh ke blkg semula,jd tiada lah rumput yg bleh sy petik ..’’
Cikgu: ‘’ Ya. itulah jwpnye.. maknanye,apabila kita telah berjumpe dgn seseorg yg kte syg,jgnlah mencari yg lebih Baik dari itu.. Kite patut hargai org yg berada d dpn kita sebai-baiknye.. Jgn kite menoleh ke blakang lg krn berlaku ttp da berlaku .. Semoge yg berlalu tidak berulang lg.Dan ingtlah org yg pling kite SYG itulah org yg pling TERBAIK d antare yg terbaik buat kite . .

KE MAKAM AYAHNDA (KHAS KEPADA DYMM SULTAN JOHOR)

Titis jatuh air mata
Pilu mengenang kisah duka
Kasih hilang begitu saja
Menyahut seruan yang Maha Esa.

Ayahnda pergi tika dirimu disayangi,
Namun Tuhan lebih menyayangi
Doa dipinta agar ayahnda sejahtera
Kekal aman dan abadi di sana,

Sayup kedengaran hening pagi
Air mawar disiram tanda mengingati
Surah yasin dibaca begitu sayu sekali
Mengharap keampunan ayanda dari Illahi.

Ke makam ayahnda aku pergi
Pengubat rindu hati yang luluh ini
Kasih ayahnda takkan pudar seri..
Tersemat dalam jiwa dan sanubari.

PESAN MIMPI (Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

Biarlah kumimpi
malamku ini
bulan bersinar 
di daun jendela.

Malam
sungai mengalir deras
dilumpuran desa
asap berombak ganas
di sebuah kota.

Biarlah kumimpi jua
malamku ini
debar dadaku
menggeluti lautan yang rata
getar bibirku
membalut
landskap yang luka.

AKAR PEJUANG

Adik,
lihatlah bumi ini
sedang bergoyang hancur
kerakusan manusia berleluasa 
terbisu kejam dalam puncak nyala.

Adik,
pandangi alam ini
pernah terjajah,tergugat,kini terdera
derita menerpa ibarat tanah gersang di udara
melarik hati resah,jiwa meronta.

Adik,
ingatlah pesan orang tua kita
ombak cekal yang mengajar kita berfalsafi
dan tabah menekuni gunung dan lurah
untuk menjadi akar pejuang.

Hatiku berbisik semangat berkobar
menyelamatkan bangsaku kerana kemerdekaan
meluhuri takhta dan panji bangsa negara
akar pejuang adalah kita.

DERITA HUMANISME ( DBP wilayah selatan)

Derita 
sering datang dan pergi
kala hening pagi
menjadikan tubuh kerdil ini 
tiada berdaya lagi.

Mengapa kau singgah di hatiku
sewaktu aku inginkan kegembiraan
mengapa kau menyelubungi diriku
sewaktu aku mengukir secangkir senyuman.

Kau ibarat tanah gersang di gurun sahara
perit untuk aku menahannya
tidak berdaya kulawan takdir.

Derita
jauhilah dari diriku
usah singgah di tubuhku walau sejenak.

LESTARINA CINTA

hening pagi bergelora
asmara samarak api cinta
kalbu menikam rasa
percupnya benih puspa.

mekar pohon-pohon semarak,
sirna romantis menyimbah
naluri berkhutbah,tenang bahagia lara
cerita cinta perimadona.

terang bulan percik cahaya
serlah jurai cahaya pertama di ufuk
kasih melestarikan puncak bahtera
jiwa mengalir damai kasih tercipta.

lanskap alam menggeluti lautan yang rata
getar hati keruan cindai impian
rintih pohon terbisu diam dalam puncak nyala
merobek hati berwarna indah bermaruah.