Pergi
jangan kembali
sampai di sini saja
kisah kita berdua.
Semalir malam
teringat kamu di jeladeri
leluhur perasaan terkubur
hati teriak meronta jiwa
ingin kamu sentiasa.
Langit terbentang luas
semarak api cinta
kasih hilang begitu saja
tagih perasaan cinta dunia
Terasing hidup tanpamu
perpisahan ini kau pinta
sirna romantis kelam pergi
ufuk dunia ku tunggu pasti.
Perpisahan terasing tetap terjadi
keluh hati jiwa sanubari.
Sekadar ingin berkongsi bicara;
ReplyDeleteDALAM hidup ini, Tuhan menciptakan setiap makhluknya sama ada manusia ataupun haiwan secara berpasang-pasangan… bagaikan pinang dibelah dua, ibarat merpati dua sejoli. Situasi yang memang sudah lumrah begini semestinya mewujudkan perasaan untuk saling cinta menyintai kerana berkasih sayang antara satu sama lain itu sudah menjadi satu kemestian agar menggapai keharmonian dalam sesebuah komuniti tanpa timbul sebarang pengecualian.
Semua orang mempunyai hak untuk jatuh cinta. Semua insan mempunyai kebebasan untuk merasa menyayangi dan disayangi. Mana mungkin manusiawi yang sejak dari azali dikurniakan akal, hati dan perasaan akan mengelak untuk merasai nikmat Maha Pencipta yang satu itu, ya kan?
Bak kata pujangga, “Cinta itu mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan hati yang mati dan meniupkan segala-galanya terlihat indah.” Seuntai aksara dari madah pujangga pula ada mengatakan, “Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembuskan kegagalan. Cinta bukan membawa kita kepada kedukaan, tetapi menitipkan kebahagiaan.” Cinta itu indah persis mutiara yang menyalurkan cahaya yang cerah ke ruang rindu hati kita.
Ya… Cinta itu sememangnya indah. Keindahannya tidak terucap dengan kata-kata. Cinta itu amat mahal takrifnya, itulah yang difitrah oleh Allah SWT kepada hambanya. Cinta itu sukar dilihat pada zahirnya kerana ia adalah suatu anugerah teragung dari Ilahi. Nikmat cinta itu adalah suatu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya.
Kita perlu ingat pada yang satu,
Jujur pada yang setia,
Setia pada yang kasih,
Kasih pada yang rindu,
Rindu pada yang cinta,
Cintalah yang menyayangi diri kita…
Perpisahan terasing memang melukakan hati tapi itulah suka duka dunia percintaan. Tidak perlu terlalu mencari cinta kerana cinta yg dicari tidak kekal lama. Biarkan cinta itu datang dgn sendirinya kerana itu lebih bahagia. Cinta yg datang dari hati yg tulus akan lestari abadi.
Percayalah, satu hari nanti seseorang yg Allah SWT ciptakan akan hadir dgn sendirinya. Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Bertawakal selalu dan seseorang yg mencintaimu dgn tulus akan hadir jua m'bawa cenderamata cinta untukmu suatu hari nanti. Sabarlah menanti dan perpisahan terasing akan berlalu pergi jua bagaikan puing-puing terbang ke angkasa membiru.
Salam dan senyum sentiasa...