So sweet!! Itulah ungkapan pertama yang aku luahkan kepadanya..Terasa sungguh indah tika saat itu. Wajahnya yang ayu membuatku terus memuji keindahan ciptaan yang Maha Esa..Subhanallah,manisnya wajah si kaca mata ini, bikin hatiku melarik peraasaan, desus hatiku bersuara kecil. Adakah ini cinta pandang pertama?, tertanya-tanya hati pada akal. Huh, hai pujaan hati,aku harap kau pilihan yang terbaik untukku.
Usia semakin hari menggulit jiwa dan perasaan. Kematangan seorang remaja terserlah menerusi tingkahlaku seseorang yang memerlukan kasih sayang.Begitu juga dengan kisah seorang putera yang bernama “AMER”.Ungkapan ‘So sweet’ sentiasa bermain-main di benak fikirannya.Tatkala dalam kehidupan sehariannya,terbayang akan wajah semanis si kaca mata.Oh,betapa tulusnya perasaan Amer kepada gadis tersebut.Kerancakan perasaannya bagaikan lagu yang dinyayikan kumpulan Sheila on 7,,seberapa pantas lagu itu,sepantas juga cinta amer.
Bermula kisah pencarian seorang putera.Laman sesawang ‘Facebook’ memulakan rentak yang memainkan aspirasi cinta.Salam perkenalan dari amer disambut mesra Arsyi yang sentiasa manis pada pandangan Amer.Sang bulan terus menyirnakan malam purnama,matahari terus memercilkan cahaya,dan bintang terus berkerdipan pada kelam malam.Itulah expresi cinta antara adam dan hawa. Tika episod mengenal hati,betapa indahnya saat menyelami perasaan.Arsyi begitu indah dan membuatkan Amer merasakan mencintai Arsyi adalah suatu yang tepat.Namun,ini semua adalah permulaan bagi mereka berdua.
Hari semakin mematangkan mereka.Amer dan Arsyi berkawan akrab seperti kukuhnya persahabatan arnab dan kura-kura.Namun,pertalian antara manusia lebih indah dan signifikan.Mereka menjadi semakin mesra dan terus kekal mesra.Konsep persahabatan mereka membuatkan bibit-bibit cinta mula berputik.Keindahan jelas terasa dalam hati masing-masing.Ombak cekal bermain dalam diri masing-masing sehinggakan mereka agak tersipu malu untuk meluahkan perasaan..
Namun,pada saat dan tika itu,memang benarlah Amer layak digelar “Gentleman”.Amer dengan beraninya mengungkapan segala isi buku hatinya pada si kaca mata.Wajah amer yang manis menambahkan keyakinan beliau untuk berkata.Riak wajah Arsyi yang agak terkejut membikin hati Amer kelajuan.FULL AHEAD!! Tidak pernah Amer mengalami saat yang begitu mendebarkan.Akhirnya,Amer telah menunjukkan cirri-ciri seorang bakal pegawai navigasi kapal.Keberanian adalah aspek keutamaan dalam diri seorang lelaki kerana lelaki yang akan menjadi pemimpin.Amer yang sedang belajar di Akademi Laut Malaysia dalam bidang pengajian nautika menyimpan impian untuk memimpin industri maritim suatu hari nanti.Cinta seorang pelaut kini telah termaterai dengan jayanya.Namun,adakah seorang pelaut yang berimpian menjadi kapten akan berjaya memiliki hati si kaca mata.Berbalik semula pada saat Amer meluahkan perasaanya,Arsyi hanya berdiam diri dan melarikkan senyuman pada Amer.Dalam hati Amer terus berbeda betapa indahnya saat itu.
“Warisan wanita terakhir,jiwa ragaku serah”. Bait-bait indah lagu tersebut menggulit perasaan di awangan antara mereka berdua.Amer telah mengungkapkan segalannya,tinggal arsyi sahaja yang belum membalas kata-kata Amer.Keterlanjuran cinta Amer telah membuatkan Arsyi bersuara dalam santun.Arsyi mengatakan bahawa dia tidak mengerti apa yang berlaku.Arsyi hanya mengucapkan terima kasih atas cinta Amer padanya.Beliau tidak mampu untuk membalas dengan utuh cinta Amer.Dalam hati Amer berbisik,betapa berbunganya kata-kata Arsyi.Namun Amer mengerti setiap kata-kata Arsyi yang meranum makna.Amer hanya menegaskan untuk mencuba bertahan atas buing-buing cinta yang digenggam dalam perasaan yang tidak mudah dilepaskan.Betapa ikhlas dan tulusnya cinta dan perasaan seorang putera.
Dalam hati Amer, beliau mengharapkan starboard light ( lampu hijau) dari Arsyi kerana Amer akan terus menyayangi Arsyi setulus hatinya.Masa itu anugerah dan ciptaan tuhan.Amer terus menunggu saat dan masa dimana Arsyi akan memberikan hati kepadanya.Saat itu,hanya tuhan yang tahu akan perasaan amer dan jatuh berlinang air mata seorang lelaki.Jatuhnya air mata bukan kerana kelembutan diri seorang lelaki tetapi sebagai tanda kesyukuran Amer kepada Allah akan penantian tentang perasaannya selama ini.Namun,bilakah masa itu akan berlaku untuk mereka mengukir nama mereka berdua?? Semuanya terus menjadi tanda tanya kerana hanya tuhan yang mampu merungkai segalanya,benarlah tuhan itu Maha Kuasa.
Andai kau tahu, illusi perasaan seorang putera yang dicatit dalam nota indah.Kata-kata indah dari hati yang mesra kepada Arsyi Si Kaca Mata.
Seandainya kau tahu
Apa dalam hatiku
Apa yang ku mahu
Aku mahukan dirimu
Cinta seorang putera
Dalam hati tetap sama
Betapa aku cinta akan si dia
Si kacamata semanis orangnya.
Andai kau tahu
Betapa aku rindukan dirimu
Dan dengar segala corak hatiku
Yang ingin selalu menemanimu.
Andai kau bisa tahu
Setebal mana perasaanku
Setinggi mana nilai cintaku
Di hati ini hanya tuhan yang tahu
Seandainya kau tahu
Ku ingin kamu sampai syurga
Berdoa kita pada yang esa
Agar kau bisa tahu
Segala isi buku hatiku.
Tuhan tunjukkan pada dirinya
Betapa aku perlukan dia
Ku mohon hatinya terbuka
Agar 2 hati satu jiwa bersama akhirnya..
Andai kau tahu
Andai aku tahu
Cinta itu memang ada..kasih itu memang mesra
Namun semuanya terletak pada yang Maha Esa.
Adakah Arsyi adalah puteri hati yang dinanti selama ini?? Amer terus berfikir tanpa henti akan perasaannya pada si kaca mata.Mungkinkah Arsyi adalah puteri hati yang didambakan illusi.Terhasil karya “Puteri Hati” bagi mengukuhkan hatinya yang Arsyi adalah muslimah dihatinya!!
Keindahan dirimu meriangkan jiwa
seindah ciptaan yang Maha Esa
kehadiranmu umpama sirna matahari
yang memancarkan cinta hakiki.
Puteri hati bagai bidadari
akhlakmu cantik tiada peri
kasihmu mendambakan ilusi
bagaikan minpi di taman firdausi.
Kejelitaanmu satu anugerah
mmeberi kebahgiaan duniawi
Puteri hati amat kunanti
tika hidup dan mati.
Pemalu ibarat makhota hati
menjaga aurat sudah tentu pasti
engkau gadis begitu suci
itulah muslimah tetap di hati.
Engkaulah puteri hati
muslimah sejati dunia dan akhirat.
Insyallah…
Amin !!!
Amin Ya Rabbalalamin..Semoga impian memiliki hati adalah suatu yang indah dalam hati Amer.Seandainya Arsyi mengetahui dirinya adalah puteri hati yang dinanti-nanti,betapa riang hati Amer yang sangat mencintanya.So sweet adalah ungkapan terindah dan signifikan dalam kotak fikirannya.
Sekian lama mereka berhubung,sedikit sebanyak rasa cinta Arsyi yang diperoleh.Terdapat juga kenangan mereka yang membuatkan mereka bergelak ketawa,dan senyum mesra.Perasaan rindu terus bermain dalam hati dan akal meraka berdua.Walaupun Arsyi mengetahui perasaan Amer terhadapnya,beliau tetap tidak dapat membalas cinta itu dengan sepenuhnya.Arsyi hanya dapat menunggu untuk memupuk kehadiran cinta itu dan mengharapkan Amer untuk terus bersabar.Amer sangat mengerti akan segalanya tentang Arsyi.Amer telah berjaya mengetahui sejarah kehidupan Arsyi sebelum ini dan dapat menghalusi sikap Arsyi sedalamnya.Pada Amer, Arsyi adalah gadis sederhana yang manis senyumannya.Beliau merasakan tenang hati melihat wajahnya dan membuatkan matanya sejuk memandangnya dengaan rasa sayang.Semakin intim hubungan putera dan puteri,semakin banyak perkara yang diketahui.Karya Cinta Coklat pada Ungu memaparkan kisah mereka berdua dalam dunia mereka sendiri.
Meriahnya cinta Adam dan Hawa
Begitu juga cinta coklat pada ungu
Kasih mesra antara kita berdua
Menggulit perasaan agar senyum selalu
Ungu penyeri kehidupan
Milo Ais minuman kegemaran
Jatuhnya hati seorang putera
Si kaca mata Arsyi namanya.
Coklat mewarnai kasih sayang
Wajahmu Puteri asyik ku terbayang
Melarik hati yang kian melayang
Itulah tanda hati dah sayang.
Aku adalah ungu
Seorang Putera yang setia menunggu
Kaulah adalah coklat
Merindui Cadbury teramat sangat
Jangan sedih dirimu puteri
Berdoalah kamu pada illahi
Agar mawar mekar mewangi.
Semanis si kaca mata
Dengarlah kasih luahan hati ini
Tidak ku minta wang berjuta
Tapi ku mohon nilai cinta yang abadi.
Engkau ibarat coklat
Ungu bagaikan aku
Antara kau dan aku
Patrinya cinta yang dipahat
Cinta Coklat pada ungu
I LOVE YOU
Ya Allah Ya Rabbi
Mohon berkati hubungan kami
Betapa indahnya penerokaan perasaan dua hati.Arsyi sangat meminati warna ungu dan Amer meminati warna Hijau.Amer dan Arsyi memaparkan kimia menerusi coklat dan minuman milo ais yang mereka sangat minati.Mungkin perkara ini agak kelakar dan terjadi secara kebetulan,tapi ketulusan hati dan cinta Amer pada Arsyi bukanlah disengajakan.Semuanya ketentuan tuhan!!
Bila naik saksi,masa itu pasti tiba.Menanti dan terus menanti.Kata Arsyi penantian itu suatu penyiksaan,tapi kata kadet ALAM , “Senyum Selalu”. Senyuman diwajah Amer jelas menunjukkan betapa manisnya Arsyi pada wajahnya. Kadangkala Amer merasakan penantian beliau sia-sia sahaja,namun pasti ada keajaiban atas segalanya.Amer sangat yakin bahawa cinta Arsyi pasti ada untuknya.Hanya masa menentukan segalanya.Arsyi pernah memberitahu akan sejarah silamnya.Beliau sangat menghargai dan memahami perasaan Amer,tapi pengalaman lalu membuatkan hatinya tertutup untuk manusia yang bergelar lelaki.
Suatu saat lalu,Arsyi pernah dimiliki oleh seorang lelaki yang bernama Qifa.Mereka saling mencintai antara satu sama lain.Biasalah dalam bercinta,siapa tak gila, hahahaha, gelak hati Amer.Namun,suatu eksiden telah memusnahkan segalanya.Cinta tidak lagi hadir di dunia.Perginya Qifa dalam hidup Arsyi telah menutup hatinya serapat pintu kedai emas yang belum dibuka.Selain itu,tika hadirnya Amer dalam hidupnya,Arsyi masih lagi menaruh harapan pada Qifa. Aduhai betapa kecilnya hati seorang lelaki bila mengetahui perkara ini.Tapi Amer hanya berkata tenang kerana dia adalah kadet ALAM..Kadang-kadang bajet juga kadet ALAM ni,hipokrit betul walaupun dalam mood sedih.Itulah perwatakan Amer yang sentiasa ceria dan senyum walauapun bersedih hati.
LUDAH AMERIKA!! Itulah yang Amer mahu lakukan pada Negara Amerika kerana terdapat salah seorang warga Amerika berniat zalim untuk mencemarkan kesucian AL-QURAN. Di saat hatinya sedih akan perasaannya terhadap Arsyi,Amer sempat mempersembahkan ketulusan hati yang suci pada agamanya.Amer pernah mengatakan pada Arsyi akan niatnya untuk menjadi ustaz atak kapal nanti.Insyallah!! American Eagle Tanker sangat mengalu-alukan kedatangan seorang pegawai seperti Amer..FULL AHEAD bukan DEAD SLOW dalam menjalani kehidupan di dunia.Itulah prinsip Amer yang cekal menghadapi tamsil kehidupan.
Oh kasih,ku berterima kasih padamu kerana menyempurnakan hidupku.Terima kasih tuhan atas kegembiraan ini.Akhirnya penantian seluruh umat islam kian mewarnai corak hati.Betapa gembiranya hati umpama indahnya sajak ini!! “AIDILFITRI UNTUK SEMUA”
Keindahan aidilfitri meriangkan jiwa
Senyuman di wajah melantunkan mesra
Suasana di hari raya sungguh bermakna
Memercilkan cahaya tersemat dalam jiwa.
Takbir raya berkumandang mulia
Merafak kesyukuran pada yang Esa
Selamat hari raya kepada semua
Moga hati ceria melarik bahagia.
Irama lagu raya mengalun mesra
Bersuara padu dalam puncak nyala
Alunan indah takbir hari raya
Sesuci lebaran terindah kudus di maya.
Saling bermaaf-maafan mohon keampunan
Jangan malu janganlah segan
Lupakan persengketaan antara kita
Bersama kita memeriahkan suasana.
Suasana riang tersusun pelita
Bungi api mensirnakan cahaya aidilfitri
Betapa manisnya terpatri dalam naluri
Bersyukur pada maha esa atas segala kurnia.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin
Semalir malam raya memainkan acara.Takbir raya berkumandang memuji yang Maha Esa.Persiapan aidilfitri disusun rapi.Tibanya hari esok munculnya mentari.Umat islam menunaikan solat aidilfitri dengan riang hati.Kata-kata tersebut bukanlah puisi raya tetapi ungkapan menarik untuk memaparkan betapa indahnya aidilfitri.
Dalam keriangan aidilfitri ini, Amer pernah merancang untuk berdiskusi ( dating ) dengan semanis si kaca mata..Tapi,semuanya impian menjadi sia-sia.Arsyi tidak dapat untuk berjumpa dengan Amer kerana mempunyai masalah peribadi.Jauh dari sudut hati,Amer agak kecewa dan sedih.Namun,tiada apa yang bisa dilakukannya selain redha pada yang Esa. 29 September 2010, merupakan hari yang terindah dalam hidup Arsyi.Tanggal itu, genaplah Arsyi berumur 18 tahun.Tiada apa yang mampu diberi,selain doa dari seorang putera yang mencintainya sesungguh hati!!
Kini Amer hanya bisa berdoa pada yang Esa.Impiannya untuk memilih puteri hati adalah mengikut kehendak illahi.Harapannya dalam mencari puteri hati amatlah tinggi nilainya.Amer berpegang teguh akan cara-cara untuk memilih muslimah dihati mengikut perspektif agama Islam iaitu "Wanita itu dinikahi kerana empat sifat: kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana kebaikan akhlaknya dan kerana agamanya. Kahwinilah wanita yang baik penghayatan agamanya, sudah tentu engkau akan mendapat ketenteraman. Moga-moga hasrat dihati untuk memiliki Arsyi adalah pilihan yang tepat dalam mencari puteri hati yang merupakan muslimah di hati. YA ALLAH, bukakanlah pintu hati Arsyi dank au satukan hati Amer dan Arsyi sepertimana kau satukan hati-hati Adam dan Hawa!! Amin Ya rabb!!
Cerita ini belum berakhir kerana dunia belum kiamat lagi.Adakah seorang putera yang bernama Amer mampu memiliki seorang puteri yang bernama Arysi?? Semuanya ketentuan tuhan!!
No comments:
Post a Comment