Adik,
lihatlah bumi ini
sedang bergoyang hancur
kerakusan manusia berleluasa
terbisu kejam dalam puncak nyala.
Adik,
pandangi alam ini
pernah terjajah,tergugat,kini terdera
derita menerpa ibarat tanah gersang di udara
melarik hati resah,jiwa meronta.
Adik,
ingatlah pesan orang tua kita
ombak cekal yang mengajar kita berfalsafi
dan tabah menekuni gunung dan lurah
untuk menjadi akar pejuang.
Hatiku berbisik semangat berkobar
menyelamatkan bangsaku kerana kemerdekaan
meluhuri takhta dan panji bangsa negara
akar pejuang adalah kita.
No comments:
Post a Comment