Jagalah hati ibu bapa dan taatilah mereka kerana Allah mencurahkan sifat pemurah dan kasih sayang-Nya melalui ibu bapa. Ibu bapa tidak pernah berkira dan sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak. Ini adalah sunatullah atau ketentuan semula jadi dari Allah.
Sebab itulah dalam menjaga hati ibu bapa, Allah telah berfirman: ''Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.'' - Lokman 31: 14
Namun kebanyakan manusia, termasuk yang beragama Islam hanya mengenang jasa ibu bapa apabila mereka sudah meninggal dunia. Pada awal bulan Syawal berduyun-duyunlah mereka datang tanah perkuburan untuk membaca surah Fatihah, Yasin dan bertahlil buat arwah ibu bapa. Adakah doa mereka membawa kebaikan kepada ibu bapa dan diri sendiri sedangkan mereka bukan termasuk dalam golongan orang solihin.
Berapa banyak si anak yang memberikan belanja kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup? Jika semasa pada zaman bujang ramai yang 'terlupa' melakukannya, apatah lagi setelah berkeluarga. Dan jika ibu menegur mengenai sesuatu perlakuan, mereka bukan sahaja tidak mematuhi nasihat yang diberikan, malah lebih ramai yang membantah, masam muka, malah ada yang membalas dengan kemarahan.
Pada hal Allah telah berfirman: ''Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara mereka atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada kedua-duanya perkataan "ah" dan janganlah kamu mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
''Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." - Al Israa 17: 23, 24
Ü“Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri..Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkn perasaan goyah menunggu rebah..Bila menangis tidak siapa yang tahu..Semuanya demi maruah diri..Walau siapapun kita,dimana kita berada, langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak..Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan..Jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yang sedang di uji oleh-NYA..•♥
p/s: nur cakap dia akan sayang someone sepertimana dia sayangkan familynyer :)
nur cakap yang dia sayangkan aku :) :) :)
nur cakap dia akan gembira bila org yang sayangkan aku bahagia n gembira bila aku berjaya
* org yg sayang aku 2 ialah keluarga aku :)
* insyallah. nur pun boleh jadi part of my family n kami pasti akan lebih saling menyayangi
* moral entri hari ini,, sayangilah org yg menyayangi anda dan sentiasa berdoa akan kesejahteraan hidup
pesanan seorang nelayan laut dalam :
#semoga aku berjaya menjadi yang terbaik utk keluargaku dan semua org
# semoga nur aka Nanos sentiasa tersenyum :)
No comments:
Post a Comment