Aku bukan pendeta yang pandai berkata-kata,
Tak salah jika aku ingin ingin mencuba walau puisi ini tak seberapa,
Pabila isi hati bersuara,
Adakah aku telah jatuh cinta padanya?
Pukul 3.45 pagi waktu tempatan uk (malaysia gmt8), aku terus masuk duty..Bangun pagi,gosok gigi,basuh muka dan rambut. Lap badan,pakai seluar hitam,baju uniform,pakai stoking,dan yang terakhir,pakai kasut..Opps, yang terakhir bukan kasut,yang terakhir,pakai sweeter(jaket kulit kesayangan yang aku beli kat jusco melaka tu),muehehe..inilah rutin harian aku selepas sahaja bangun tidur.Pengakuan jujur dari aku, aku tak pernah mandi selepas aku baru bangun tidur..huhu..Waktu di sana agak sejuk..Nanti aku bagitahu hang semua,berapa suhu waktu tu..sebab,bila aku baik bridge (tempat kerja aku untuk pengawasan navigasi).Aduh,susah la aku nak terangkan term maritim ni..haha.Nak translate kepada melayu pun aku tak berapa pasti maksudnya..Korang google la sendiri apa tu Bridge/wheel house..ok? Ok la, aku dah nak keluar bilik..nak naik bridge..duty mula pukul 4..sebelum 4 aku kena sampai sebab bila datang awal,aku boleh lihat keadaan atau situasi yang berlaku sebelum aku mula masuk tugas..kiranya amik mood la ni..:)
wajah 4 pagi sebelum mula kerja .. style kan? sedap korang tidur ye..hehe
Bilik aku di C deck.Nak naik bridge, ada 2 tingkat lagi..kapal aku ada 7 tingkat..Mujur la ada lif,walaupun nampak uzur..tapi kalau bad weather,lif tak boleh digunakan,so,menapak la aku..huhu..Di setiap kesusahan itu,pasti ada hikmahnya..Sebenarnya dah lama aku tak buat cerpen.Ini kiranya cerpen mengenai kisah hidup aku la,tapi ada selit-selit kisah kehidupan yang mungkin korang alami..hehe..mungkin la.Kali ni,cerpen aku siap ada gambar ,waah, gempak giler..huhu..mesti korang kata,Putera,lu memang style la brader..haha..Perasan kan aku? nampak dah macam merapu je cerita aku ni!! Hmm, aku saje je buat intro macam ni,yela baru nak mula cerita, tak kan nak serius terus,tunggu la klimaks ke atau pengakhiran cerita..Di awal cerita,mestilah kena happy,kelakar2x ,fun2x ke or aku memang dah masuk air? haha..suka hati la korang nak anggap macam mana!! Penulis bebas untuk bekarya..lagipun,aku penulis jalanan je..kikiki.. rendah diri la pula..Aku menaip bukan ikut rasa tapi dari pengalaman dan pemerhatian serta penyelidikan. Tak macam orang perempuan, main ikut sedap je. (Nak terasa? Ikut andalah... Tak suka, butang bernama tutup atau lebih senang disebut oleh bayi berusia 9 bulan setengah sebagai 'close' sentiasa tersedia untuk ditekan.)
Ni la lif kapal aku? amacam, awesome tak? bridge kat atas skali 2
Sesampai nya aku di bridge, gelap sungguh keadaan di situ,yela 4 pagi kot..Setelah aku relieve AB watchkeeping tu, tinggalah aku dengan second officer ,neeraj yang berasal dari Tanah besar India atau lebih dikenali sebagai negara cap roda ..Ha, bagi rakyat malaysia yang suka sangat bollywood,hindustan ,Shah Rukh Khan, ini la 2nd mate aku yang berasal dari negara yang tiada traffic light.. Pengalaman aku kerja dengan bangsa Salman khan,Karena Kappor,Mahatma ghandi ni, banyak la yang aku tahu pasal INDIA.. habislah aku, hari-hari makan kari,capati,dhal..Ayam kari,daging kari,semua kari,nasi baik tukang masak tak masak sayur kari..haha..Tukang masak kapal aku orang filipin..Aku hanya bertawakal sahaja untuk bab makan ni..3 orang muslim atas kapal ni, aku dan 2 orang enggineer..
Pukul 4.30 pagi, aku bertugas seperti biasa,plotting chart,look out, control radar/ecdis, update weather fax..Aku berdua dengan pegawai aku..Agak perut lapar,aku buat la biskut cicah milo panas.. Walapun milo tak sama mcm kat rumah, aku tetap minum panas2x buat isi perut kosong..Kapal pun terus belayar mengikut passage plan..Semuanya autopilot dan bila sampai course seterusnya,tugas aku untuk tukar course..contohnya sekarang 205 degree course, next course 230, aku pun tekan knob tu dan tukar kepada 230 degree.. plotting position depend ..kadang2x setengah jam,kadang2x 15 minit,kadang2x setiap 5 minit..korang tentu tak faham kan? ok macam ni,,aku akan tandakan kedudukan kapal aku dalam peta setiap pergerakan kapal dalam waktu yg ditetapkan.
Ni la radar..boleh detect setiap benda yang aktif frekuensinya..
ni la chart (peta/maps) , benda yang selalu aku conteng!! haha
Pukul 5 pagi, agaknya dah subuh kat sini..atau dah terlepas subuh...haha.. dekat europe,siang lebih panjang dari malam..Pukul 5 suku, dah cerah dah..dah nak sunrise!! Hello guys, good morning everyone!! Bila dah cerah ni,baru la nampak semuanya..haha..tapi nak nampak apanya,semua nyer air..huhu..itu adalah ciptaan Allah..subhanallah..indahnya muka bumi Allah ini..
Dan, sekarang, tiba masanya aku tunjukkan korang satu lagi ciptaan Allah yang begitu indah !!
Subhanallah,indahnya !! Maha Agung kebesaran tuhan
Di darat, aku pernah melihat matahari terbit..tapi itu di Malaysia..tetapi ini di Uk, england..sangat bersyukur kerana pemandangan yang indah ini begitu menenangkan jiwaku!! Seli-selit- sempat lagi aku snap picture ni padahal tengah duty..muahehehe..
kali ni, aku nak upload repost sajak yang aku puisikan di amerika suatu lama dahulu...
Tarikh: 18 dec 2011 (1800hr waktu TEXAS,USA)
19 dec 2011 (0800hr waktu Malaysia)
Tempat: EAGLE KUCHING, SABINE PASS LAKE, TEXAS, USA
TAJUK : NOTA BUAT BUNGA ANGGELICA
PERTAMA KALI AKU MENGENALIMU
ENGKAU BUAT AKU TERSENYUM
AKAN LIRIKAN MATAMU
AKU TERUS TERSIPU MALU..
RAUT WAJAHMU YANG AYU
BUAT AKU TERTARIK PADAMU
AKU MULA MENYUKAIMU
ITULAH PERASAAN PERTAMAKU
KITA MULA BERKENALAN
KITA MULA MENCINTAI
DI SUATU SAAT YANG BAHAGIA
HANYA KISAH KITA BERDUA.
NAMUN,
TIBA-TIBA IA BERUBAH
SURAM TIBA-TIBA DATANG
KITA MULA BERJAUHAN.
ENGKAU HANYA TERDIAM BISU
SERINGKALI AKU BERTANYA
MANA CINTA ENGKAU YANG DAHULU
YANG PERNAH BERSAMA AKU
DI SAAT KITA MULA JATUH CINTA..
KINI AKU MENGERTI
ENGKAU TIDAK SEPERTI DULU
ENGKAU BERUBAH BAGAI DEDAUN LAYU
AKU MULA SAKIT
MULA MENANGIS
SEAKAN AKU TAK MAMPU HIDUP TANPAMU
TIBA-TIBA ENGAKU PUN MUNCUL
DENGAN KEKASIH BARU
AKU PASRAH DAN REDHA
NAMUN HATIKU TETAP PADAMU
HATIKU INGIN MELUAHKAN RASA
AKU MASIH SAYANG PADAMU
AKU MAAFKAN DIRIMU
AKU POHON ENGKAU KEMBALI
PADAKU..HANYA AKU
TAPI…
AKU TAK MAHU MEMAKSA
BIARLAH CINTA HADIR
TANPA DIDUGA
HADIRNYA PERASAAN ITU
BIARLAH TERUS MESRA
TANPA RINTANGAN
WALAU SEKETIKA….
KINI AKU JAUH
HANYA MAMPU AKU TITIPKAN
NOTA BUATMU ANGGELICA
TERTULISNYA LIRIKAN HATI
BISIKAN RINDU
Tajuk puisi itu adalah bunga anggelica!! bunga adalah salah satu tumbuhan ciptaan tuhan..tak salah kan kalau kita minat atau suka akan bunga tu..^_^
Sekian,luahan impressi sang pencipta..aku seorang pencinta..cintakan alam ciptaan Maha Esa
sory,kalau mesej tak sampai,mengajak kalian sentiasa mensyukuri nikmat dan mengagumi ciptaan Allah..
Subhanallah / alhamdulilah/ allahuakbar...
p/s: lupa nak bagtau korang tadi,suhu berapa waktu tu,aku pergi check dekat stevenson screeen..ada dua..dry/wet -- ala korang tak faham ea..senang cerita, suhu waktu tu 5 degree celcius.. waktu pagi la..itu pun dah nak summer..kalau masuk winter,negative berapa la..itupun ciptaan Allah,, hebatkan, Subhanallah